AMK dukung penuh ketegasan PM Anwar kecam kebaculan Israel

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendukung penuh ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam keras tindakan ganas dan bacul Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa yang menggugat kedaulatan negara malah membahayakan nyawa rakyat Palestin.

Biro Hubungan Antarabangsa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arief Izuadin berkata, terdapat empat insiden besar yang menjadi bukti bagaimana Zionis menormalisasikan keganasan semakin meracuni keamanan dunia.

Antarannya ialah, pada 7 September menyaksikan serangan dron terhadap kapal pelayaran misi ‘Global Sumud Flotilla’ di Tunisia.

“Pembunuhan Perdana Menteri kerajaan Houthi di Yaman, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Sana’a dan pada sembilan September 2025, terjadinya serangan udara di Doha, Qatar.

“Manakala 10 September menyaksikan serangan dron terhadap kapal Alma milik Global Sumud Flotilla di Tunisia yang turut disertai aktivis Malaysia termasuk selebriti tanah air seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, dan Farah Lee. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat,” katanya di satu kenyataan media pada Khamis.

Kata Arief, sepertimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kesemua insiden terbabit merupakan penghinaan terhadap keamanan dan diplomasi antarabangsa.

Justeru, AMK kini berpendirian teguh bersama Anwar dan Kerajaan Madani, rakyat Qatar, Yaman serta aktivis kemanusian yang memperjuangkan Gaza dalam melawan kebiadapan yang berterusan oleh Israel.

“AMK juga menzahirkan penghargaan terhadap keberanian rakyat Malaysia yang menyertai misi flotilla ini, khususnya para selebriti dan aktivis tanah air yang berani tampil ke barisan hadapan membela keadilan untuk rakyat Palestin.

“Kami sekali lagi menyeru komuniti antarabangsa untuk menghentikan budaya pencerobohan dan menegakkan keamanan yang adil serta bermaruah,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat