AMK Perak Dukacita Insiden Jejaskan Keselamatan Sultan Nazrin

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menyuarakan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap insiden melibatkan keselamatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi tadi sempena sambutan Hari Kebangsaan negeri itu.

Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani berkata perbuatan seorang individu yang bertindak naik ke pentas utama dan cuba mendekati Sultan Nazrin adalah tidak beradab serta tidak wajar berlaku.

“Sebagai payung negeri, Tuanku Sultan merupakan lambang perpaduan serta pemersatu bangsa yang sentiasa dimuliakan dan dihormati oleh seluruh rakyat.

“Perbuatan seperti ini berpotensi mencemarkan kewibawaan institusi diraja yang menjadi tunggak kestabilan, keharmonian serta kedaulatan negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ashraf, AMK Perak berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap individu terlibat, selain menilai keberkesanan kawalan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan Sultan Nazrin.

Katanya, AMK Perak berdiri teguh mempertahankan maruah institusi diraja dan menegaskan bahawa keselamatan Sultan adalah perkara yang mesti dipelihara dengan penuh cermat serta ditangani berlandaskan undang-undang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat