AMK Pusat Panggil Pertemuan Khas Isu Peletakan Jawatan di Selayang

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK) mengambil maklum isu peletakan jawatan beberapa ahli Jawatankuasa AMK Cabang Selayang yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.

Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Omar Mokhtar A Manap, semakan dalaman mendapati wujud percanggahan antara surat-surat berkaitan peletakan jawatan yang diterima.

“MPAMK telah memutuskan untuk mengadakan satu pertemuan khas bersama semua ahli Jawatankuasa AMK Cabang Selayang dalam minggu ini bagi mencari titik temu terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa AMK Cabang Selayang masih berstatus sah dan terus beroperasi seperti biasa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Angkatan Muda KEADILAN.

Anda Mungkin Berminat