AMK tempelak Pemuda UMNO guna Jalur Gemilang salah, tuntut Akmal bersuara

PETALING JAYA: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengecam penggunaan Jalur Gemilang yang salah oleh Pemuda UMNO Terengganu dalam satu poster rasmi mereka.

Menurut Pengarah Komunikasi AMK, Nurhanani Dhamirah Razaleh, poster bertajuk “Desak Hukuman Pembuli” itu hanya memaparkan 12 jalur, berbeza dengan 14 jalur seperti yang sepatutnya pada bendera Jalur Gemilang.

“Sebagai pihak yang sering melaungkan patriotisme, mereka sepatutnya menjadi contoh dalam menghormati simbol negara,” katanya dalam satu kenyataan.

AMK turut mempersoalkan sikap membisu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, yang sebelum ini lantang mengkritik kesalahan sama di Port Dickson.

Sikap berdiam diri itu menurut AMK menggambarkan sikap “double standard” dan menimbulkan persoalan tentang keikhlasan perjuangan beliau.

AMK menyeru agar Pemuda UMNO tidak bersikap hipokrit dalam isu berkaitan simbol negara dan bersikap telus serta konsisten.

AMK turut menuntut permohonan maaf terbuka daripada Pemuda UMNO Terengganu serta penjelasan daripada Dr. Akmal sendiri.

Kes ini timbul selepas Pemuda UMNO Terengganu memuat naik poster rasmi dengan Jalur Gemilang yang salah, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai ketelusan mereka dalam menjunjung simbol kedaulatan negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat