PETALING JAYA: Anak kepada salah seorang bekas Perdana Menteri dilaporkan ditahan awal pagi tadi selepas pemeriksaan pihak berkuasa menemukan dadah jenis heroin di dalam sebuah kereta mewah yang dipandunya.
Maklumat mengenai penahanan itu dikaitkan dengan satu operasi khas pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan di sekitar Damansara.
Dalam operasi tersebut, kereta mewah berkenaan diperiksa dan pihak berkuasa menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Individu berusia lewat 20-an itu difahamkan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah. Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara serta sebatan jika sabit kesalahan.
Sehingga petang ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala keluarga bekas Perdana Menteri berkenaan juga belum memberikan sebarang reaksi.
Baca juga: