Anak Huffaz dapat peluang belajar TVET – PM

PETALING JAYA: Kerajaan terus mengangkat martabat pelajar yang mendalami pendidikan al-Quran (huffaz) menerusi pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha tersebut agar mereka tidak ketinggalan dalam aspek pekerjaan serta kehidupan.

“Saya juga telah meluncurkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM 2.0) yang penambahbaikan kepada sistem penilaian yang bersepadu bagi mengiktiraf penghafaz 30 juzuk al-Quran.

Semoga STM 2.0 ini akan membuka peluang lebih besar kepada para huffaz melanjutkan pendidikan sesuai dengan tuntutan perubahan zaman,” katanya.

Beliau berkata dalam Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) pada Sabtu.

Anwar turut berharap agar anak-anak huffaz sentiasa berdoa agar negara terus makmur dalam menghadapi pelbagai cabaran demi kepentingan rakyat.

“Para huffaz menggunakan ilmu dan kemahiran hafalan yang dimiliki untuk membawa mesej Islam sebagai agama rahmah, menyeru kepada kebenaran dan keadilan serta memupuk perpaduan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Anda Mungkin Berminat