Anak jati Kampung Bharu, Na’im Mokhtar beri sumbangan untuk Kampung Angkat MADANI

Oleh: Haikal Tajuddin

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar telah menyediakan peruntukan khas sebanyak RM49,955.40 kepada komuniti Kampung Bharu iaitu sebuah Kampung Angkat MADANI.

Beliau ketika berucap pada sesi penutupan Program Santuni Komuniti MADANI di Dewan Orang Kampung Paya berkata, bahawa peruntukan itu akan dimanfaatkan oleh seramai 750 penduduk Kampung Bharu yang kini telah diangkat sebagai kampung angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Ini adalah usaha titik permulaan kepada agensi-agensi di bawah pentadbirannya untuk terus berkhidmat kepada rakyat, khususnya penduduk Kampung Bharu.

“Sebanyak RM49,955.40 telah diperuntukkan sepanjang program ini dan kesemua aktiviti yang dilaksanakan telah memanfaatkan seramai 750 orang penduduk di Kampung Bharu.

“Sebagai anak jati Kampung Bharu, saya bertanggungjawab memberikan keperluan ini dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam bidang yang berkait rapat dengan tugas saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Dalam pada itu, beliau bukan sahaja menyantuni, malah turut menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia, seperti Kayuhan Prihatin Wakaf, Program Keceriaan Sekolah, Program Gunting Rambut Percuma, Program Pemeriksaan Kesihatan, Program Santuni Asnaf dan Program Walkabout di sekitar Kampung Bharu serta edaran beg cenderahati kepada penduduk sekitar dan pengunjung Kampung Bharu.

Menurutnya, penganjuran program hari ini merupakan susulan daripada Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI yang disempurnakan oleh saya pada 27 Julai yang lalu.

“Usaha ini juga bertepatan dengan salah satu daripada enam nilai teras Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana mengasihi orang lain, seperti keluarga, sahabat, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhan, sebagai teras visi Malaysia yang Ihsan,” katanya lagi.

Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Ucapan Belanjawan 2024 itu bertujuan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dengan bandar dan membangunkan sosioekonomi komuniti setempat.

Anda Mungkin Berminat