Anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Pemain Johor Darul Takzim (JDT) dan skuad kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor menyampaikan berita sedih bahawa anak keduanya menghembuskan nafas terakhir.

Perkongsian itu dibuat olehnya menerusi satu hantaran di InstaStory akaun Instagram miliknya.

“Innalillahiwainnailaihirojiuun. 10.55 pagi, baby Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.

“Mohon sedekah Al Fatihah buat puteri kami Maira Maliya Binti Muhammad Nazmi Faiz,” ujarnya.

Buat masa ini, punca kematian anak keduanya itu masih belum didedahkan.

Takziah buat Nazmi Faiz sekeluarga. Semoga tabah!

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat