Oleh: Tyah Helmi
COMELNYA aksi seorang anggota kumpulan terkenal korea, RIIZE iaitu Anton dilihat mengikut sahaja permintaan peminat yang mencadangkan untuk bernyanyi lagu legenda raya negara “Sesuci Lebaran” daripada biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi siaran langsung di aplikasi Weverse pada Selasa, Anton atau nama sebenar Lee Chan Young membaca satu komen daripada peminatnya dari Malaysia iaitu Abby Zafry yang memintanya memperdengarkan
Lagu Sesuci Lebaran.
“Try Sesuci Lebaran by Siti Nurhaliza, hahahah,” katanya.
Tindakan ahli termuda anggota kumpulan Riize itu turut tular di seluruh media sosial malah
mencuit hati bukan sahaja dalam kalangan peminat mereka malah kebanyakan rakyat Malaysia yang majoriti sedang menjalani bulan puasa.
Rata-rata rakyat Malaysia memberi reaksi yang menghiburkan apabila menyatakan rasa bangga mereka menjadi Rakyat Malaysia kerana seluruh dunia mengetahui lagu tradisional Malaysia menerusi siaran langsung Weverse oleh Anton kelmarin.
“Saya dan seluruh Briize (nama peminat) Malaysia, saya bangga menjadi rakyat Malaysia,” komen daripada pengguna di laman X dari Tone Love.
Lebih mencuit hati lagi apabila, kebanyakan rakyat Malaysia bergurau senda bahawa Anton telah meraikan Sambutan Hari Raya terlebih dahulu kerana mendengar lagu itu di Bulan Ramadan.
“Anton sudah raya, bersedia untuk sambut hari raya, saya tidak boleh berhenti gelak,” katanya








