Anggota polis berstatus isteri orang ditangkap khalwat diarah tukar jabatan

Dua anggota polis yang ditahan akibat disyaki berkhalwat pada Jumaat menerusi operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diarahkan tukar jabatan serta-merta.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan, kedua-dua anggota tersebut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Kedua-dua mereka yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu diarahkan untuk tukar jabatan,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Pada Jumaat, difahamkan dua anggota polis ditahan JHEAIPP dalam satu serbuan pukul 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong berusia 37 tahun.

Serbuan dibuat selepas suami wanita berkenaan membuat aduan kepada JHEAPIPP mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat