Anwar berangkat ke China hadiri Sidang Kemuncak SCO

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berangkat ke China usai menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya pagi tadi.

Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.

Selain itu, beliau juga akan menyaksikan perarakan Hari Kemenangan sempena ulang tahun ke-80 tamat Perang Dunia Kedua di Beijing.

Beberapa pertemuan dua hala penting turut dijadualkan bagi memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama ekonomi Malaysia-China.

“Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia,” kata Anwar dalam catatan ringkasnya.

Lawatan rasmi ke China ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus mengangkat suara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, Presiden Xi Jinping turut menekankan kepentingan hubungan rapat dengan Malaysia sebagai rakan strategik rantau ASEAN.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat