Anwar beri sumbangan kepada balu Pengerusi PeSAWAH

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ziarah balu kepada Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Allahyarham Fuad Yaacob.

Isteri kepada Fuad, Che Gayah turut menerima sumbangan yang diberi oleh Farhan sebagai wakil.

Anwar turut memuji keperibadian Allahyarham yang aktif memperjuangkan hak pesawah tanpa mengira latar belakang.

“Semasa hayatnya, Allahyarham lantang dan tegas menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi pesawah.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pemberian sumbangan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat