Anwar Berlepas ke Itali, Perancis Dan Brazil

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), memulakan siri lawatan rasmi ke tiga hab ekonomi utama dunia iaitu Itali, Perancis dan Brazil.

Pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia yang membawa beliau bersama delegasi berlepas dari KLIA pada pukul 2.15 petang.

Lawatan yang bermula di Itali itu menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama ekonomi di pentas global.

Itali menjadi destinasi pertama dengan program rasmi selama tiga hari, disusuli pertemuan berprofil tinggi di Perancis dan Brazil.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan strategik dengan pemimpin negara, tokoh industri dan komuniti diaspora Malaysia bagi menyampaikan visi Malaysia sebagai rakan dagang dan rakan strategik yang semakin relevan.

Lawatan ke hab ekonomi utama itu di Rom, Paris, dan Rio de Janeiro bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara masing-masing.

Turut menyertai beliau ialah lima menteri Kabinet serta wakil syarikat utama negara.

Anda Mungkin Berminat