Anwar Berlepas ke Timor-Leste Untuk Lawatan Rasmi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Republik Demokratik Timor-Leste bagi menghadiri lawatan rasmi atas jemputan rakan sejawatnya, Kay Rala Xanana Gusmão.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, lawatan itu penting untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste.

Pada masa sama, ia juga dilihat sebagai sokongan Malaysia terhadap usaha Timor-Leste yang kini bersedia menjadi anggota ke-11 ASEAN.

“Moga segala perancangan dan agenda yang diatur dipermudahkan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Lawatan rasmi itu dijangka membuka ruang kerjasama lebih luas dalam pelbagai bidang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Timor-Leste di rantau Asia Tenggara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat