Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada Rabu sempena lawatan dua hari di negara itu.
Beliau menyatakan perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya, pertemuan yang berdurasi lebih kurang satu jam itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
“Walhasil, pertemuan ini telah mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara selain bertukar kepakaran terkait aspek pelaburan, pendidikan, halal, pengurusan haji dan pelancongan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Kyrgyz iaitu Sadry Zhaparov.
“Ruang itu kami gunakan untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua Malaysia dan Republik Kyrgyz termasuklah konflik Palestine dan isu Afghanistan.
“Peluang itu juga digunakan untuk menerokai bidang kerjasama berpotensi antaranya ekonomi, industri halal, pendidikan, pelancongan, budaya, kerjasama antara parlimen, ekonomi digital, tenaga, ketersambungan dan perlombongan,” katanya.

Dalam masa sama, Republik Kyrgyz juga meminta Malaysia menghantar penasihat untuk membantu mereka mengenai pengalaman dalam menguruskan infrastruktur kewangan selain reformasi ekonomi.
“Usai, kami kemudian menandatangani Kenyataan Bersama yang antara lain berkaitan kerjasama pelaburan, ekonomi, perdagangan, sebelum menghadiri resepsi santai,” katanya lagi.
Baca juga: