Anwar bincang dengan Erdoğan, tegaskan sokongan terhadap Palestin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan petang tadi bagi bertukar pandangan dan membincangkan perkembangan semasa yang melibatkan kepentingan bersama antara kedua-dua negara.

Dalam perbualan tersebut, Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap pendirian tegas Erdoğan yang konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.

“Malaysia menyokong penuh usaha Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa dan memperjuangkan penyelesaian adil serta berkekalan untuk Palestin,” kata Anwar.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti sesama umat menerusi pendekatan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta penyelesaian konflik secara aman.

Pertemuan maya itu sekali lagi mencerminkan hubungan erat serta komitmen kedua-dua negara dalam menangani isu kemanusiaan global, khususnya penderitaan rakyat Palestin.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat