PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menceriakan suasana di Medan Selera Presint 16 di sini apabila beliau meluangkan masa bersama sekumpulan pelajar sekolah ketika tiba untuk menikmati makan tengah hari di lokasi tersebut.
Anwar tiba sekitar pukul 12.45 tengah hari dan disambut meriah oleh lebih 300 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16/1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16/1, yang terletak berhampiran.
Pelajar-pelajar tersebut bersorak kegembiraan menyambut kedatangan Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu berwarna biru.
Dalam sorotan cerita Facebook Anwar, beliau turut menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ buat salah seorang murid sekolah berkenaan dan memenuhi permintaan pelajar lain untuk menurunkan tandatangannya.

Kehadiran Anwar bukan sahaja membawa keceriaan tetapi turut memperlihatkan sikapnya yang prihatin terhadap masyarakat, terutama golongan pelajar dan peniaga tempatan.
Selain bergambar dan berbual mesra bersama pelajar, Anwar turut menyantuni peniaga dan pengunjung lain di Medan Selera itu.
Baca juga: