Anwar hargai sokongan China terhadap Konsensus ASEAN berkait Myanmar

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas sokongan Chian terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN melibatkan situasi di Myanmar bagi bertujuan mencari penyelesaian aman dan konstruktif terhadap krisis negara itu.

Ketika pertemuan bersama Menteri Luar China, Wang Yi, di Putrajaya hari ini, Anwar menekankan keperluan penyelesaian damai dalam isu Laut China Selatan, berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada rangka lawatan hormat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin dan wakil kanan dari tujuh negara lain termasuk Australia, Pakistan, Turkiye, Palestin, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Menurut Anwar di laman Facebooknya harini, perbincangan bersama Wang Yi turut menyentuh pelbagai aspek hubungan dua hala Malaysia-China yang terus diperkukuhkan susulan lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, di mana sebanyak 31 dokumen persefahaman dan perjanjian telah dimeterai.

“Kami berbincang tentang usaha mengurangkan jurang dagangan serta memperluas kerjasama dalam bidang pelabuhan, gas asli cecair (LNG), sumber air, ekonomi digital dan teknologi hijau,” katanya.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut, dengan nilai dagangan mencecah AS$106 bilion pada tahun 2024.

Wang Yi kini berada di Malaysia selama empat hari sempena mesyuarat AMM dan sidang-sidang berkaitan yang bermula sejak Selasa lalu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat