Anwar Hulur Bantuan Kepada Aktivis PKR Diuji Penyakit Kronik

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada sahabat lamanya, Rozan Azen Mat Rasip, bekas Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu, yang kini diuji dengan masalah kesihatan kronik.

Menerusi satu hantaran di Facebook Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin pada Rabu, Rozan Azen dilaporkan mengalami masalah pengumpulan cecair di bahagian kiri otak yang dikenali sebagai Hydrocephalus.

“Saya sampaikan salam daripada PMX dan Kak Wan yang mendoakan kesejahteraan beliau yang bakal menjalani prosedur pembedahan pada Jumaat, 5 Disember ini,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Pengarah ICU JPM Wilayah Persekutuan, Megat Azlani Megat Ramli, yang menyampaikan sedikit bantuan daripada Perdana Menteri bagi meringankan beban Rozan dan keluarganya.

Di saat Rozan berdepan ujian kesihatan yang berat, sokongan moral dan doa daripada sahabat lama serta bantuan yang dihulurkan memberi sinar harapan buat beliau dan keluarga.

Anda Mungkin Berminat