Anwar Hulur Bantuan Tunai Kepada Mangsa Tanah Runtuh Di Putatan

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan tunai kepada Melvin Funk dan keluarganya yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Duvanson, Putatan, Sabah.

Menurut hantaran di Facebook Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi, sumbangan itu disampaikan melalui pihaknya ketika beliau meninjau sendiri lokasi kejadian pada petang Sabtu bersama pemimpin masyarakat setempat, Awang Husaini dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Sabah.

Ahmad Farhan memaklumkan bahawa rumah milik Melvin Funk yang dibina hasil titik peluh dan simpanan selama bertahun-tahun ranap dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 malam baru-baru ini.

“Ketika kejadian, empat sekeluarga berada di dalam rumah namun sempat menyelamatkan diri selepas terasa gegaran dan mendengar bunyi kuat dari arah belakang rumah.

“Syukur tiada nyawa terkorban, namun impaknya cukup besar bagi keluarga ini,” katanya.

Tinjauan bersama ICU Sabah turut menilai langkah segera yang perlu diambil bagi membantu mangsa termasuk aspek keselamatan kawasan dan penempatan sementara.

Perdana Menteri menzahirkan rasa simpati dan menyalurkan bantuan tunai sebagai sokongan awal kepada keluarga tersebut.

“Diharap ia sedikit sebanyak kejadian, empat beranak berada di dalam rumah.

“Mereka sempat melarikan diri selepas terasa gegaran dan mendengar bunyi kuat dari arah belakang rumah.

“Syukur, tiada nyawa terkorban namun kesannya cukup mendalam bagi keluarga ini,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat