PUTRAJAYA: Tidak hanya mencatatkan jumlah perdagangan membanggakan, Malaysia juga perlu berbangga dengan pelbagai kejayaan hingga disebut di persada dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 pada Ahad.
“Ini Malaysia, negara sederhana, negara dengan penduduknya sekitar 34.5 juta orang. Tapi kumulatif peningkatan perdagangan sekarang sudah mencecah RM2.235 trilion, mencatat perkembangan sangat mengagumkan.
“Bicara tentang MADANI, supaya tidak ada yang terpinggir dari arus semua program, kampung angkat, sekolah angkat, sejati MADANI, yang mereka (Menteri) angkat secara langsung. Jadi, akibatnya, Malaysia diiktiraf kejayaannya antaranya menoktahkan kemiskinan tegar.
“Malaysia satu-satunya negara yang, tidak di Amerika Syarikat, tidak di Eropah kerana orang di pinggir jalan masih tinggi jumlahnya.
“Kita bersyukur kerana Malaysia kemiskinan tegarnya tinggal 0.09 peratus sahaja dan jumlah ini mampu kita selesaikan sebelum suku tahun pertama 2026,” katanya.
Anwar turut menyatakan kejayaan MADANI dalam membuat persiapan menghadapi banjir, pengangguran, memudahkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), memberi faedah perdagangan kepada pelbagai negara.
Baca juga:








