Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin bahawa isu persengketaan yang berlaku semasa pertandingan pemilihan pusat Parti Keadlilan Rakyat (PKR) boleh diselesaikan dengan cara baik.
Anwar berkata demikian setelah berlakunya suasana panas yang dicetuskan oleh calon serta penyokongnya sehingga menyerang sisi peribadi dan parti semasa minggu berkempen sebelum menjelangnya hari pemilihan parti itu.

“Saya yakin walaupun dalam pemilihan parti ada persaingan sengit tapi selesaikan dan santuni semula dan bermaaf-maafan.
“Jangan ambil sikap bermusuh walaupun berbeza pendapat,” katanya selepas merasmikan pembukaan pejabat cabang PKR Langkawi pada Isnin.
Ujar Perdana Menteri, semasa berkempen setiap kenyataan perlu dikeluarkan secara berhati-hati dan jangan sesekali menafikan jasa serta pengorbanan perwakilan serta anggota yang telah lama berkhidmat dalam parti.
Terdahulu, media melaporkan pemilihan pimpinan pusat PKR bakal menyaksikan pertembungan hebat antara penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Baca juga: