Anwar kecam Israel, akan guna undang-undang tuntut keadilan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa yang membawa aktivis dan bekalan bantuan ke Gaza.

Beliau menegaskan kapal yang disertai aktivis antarabangsa termasuk lapan rakyat Malaysia itu adalah misi aman dengan membawa bantuan kemanusiaan, namun berdepan intimidasi dan paksaan tentera Israel.

“Dengan menghalang misi bantuan kemanusiaan, Israel telah menunjukkan sikap menghina bukan sahaja hak rakyat Palestin, tetapi juga hati nurani dunia. Flotila ini melambangkan solidariti, kasih sayang dan harapan bagi mereka yang hidup dalam kepungan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anwar menegaskan kerajaan Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah di sisi undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya melibatkan keselamatan warganegara Malaysia.

“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan. Kita tidak akan membiarkan ia dikompromi sewenang-wenangnya,” katanya sambil menambah Malaysia akan terus konsisten menuntut keadilan untuk rakyat Palestin.

“Asalkan rakyat Palestin terus dinafikan hak asasi dan aspirasi mereka, Malaysia akan berdiri teguh bersama mereka tanpa gentar, menuntut penamatan kezaliman yang berlarutan sejak beberapa generasi,” tegasnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat