Anwar Lawat Zoo Johor, Berperanan Sebagai Aset Negeri

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini meluangkan masa mengunjungi Zoo Johor sebaik tiba di bandar raya ini, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa zoo bersejarah itu sebagai aset penting negeri.

Dalam lawatan tersebut, beliau beramah mesra serta menyantuni para pengunjung yang hadir, selain menerima penerangan mengenai perkembangan semasa zoo berusia lebih 100 tahun itu.

Anwar menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan Zoo Johor terus menjadi pusat rekreasi, pendidikan dan warisan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Semoga Zoo Johor terus diperkasa sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Zoo Johor, yang merupakan antara zoo tertua di Malaysia, kini giat menjalankan pelbagai usaha pemuliharaan dan penambahbaikan fasiliti bagi meningkatkan pengalaman pengunjung.

Anda Mungkin Berminat