Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan mengulas beberapa perkembangan semasa.
Katanya, baginda juga bertitah supaya meneruskan urusan kerja menguruskan negara.
“Baginda bertitah agar saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.
“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.
Dalam pada itu beliau turut memberitahu jika ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta.
Sumbangan itu hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.
Baca juga: