KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.
Dalam pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan, termasuk ikhtiar berterusan yang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh tadbir urus negara serta memastikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dapat dikekalkan secara berterusan.
“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Pertemuan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara institusi Diraja dan Kerajaan dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.
Baca juga:








