Anwar minta rakyat dukung visi kerajaan


Oleh: Shafira Aziz

RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan.

Beliau menegaskan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membawa perubahan yang besar kepada negara.

“Kerajaan kini mempunyai pasukan yang mantap dan komited untuk bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anwar turut menekankan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merosakkan kekayaan rakyat.

“Kerajaan MADANI juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat,” tegasnya.

Anwar juga membincangkan siri lawatan ke beberapa negara yang telah memberi impak positif kepada Malaysia.

“Lawatan ini bukan hanya untuk mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga untuk mewujudkan limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia,” tambahnya.

Anwar berkata demikian ketika majlis makan malam bersama diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia di sini, hari ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat