Anwar: Perpaduan Teras Kemajuan, Ekonomi Kukuh Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kepelbagaian masyarakat Malaysia harus terus diraikan sebagai asas kepada keharmonian negara dan menjadi teras utama kepada kemajuan serta kestabilan nasional.

Menurut beliau, perpaduan rakyat merupakan faktor penting dalam usaha memperkukuh ekonomi negara agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

“Dalam kepelbagaian, kita bina keharmonian sebagai teras kemajuan. Dalam perpaduan, kita perkukuh ekonomi negara demi kesejahteraan semua,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Anwar berkata, Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan bersama rakyat dalam menyambut harapan dan cabaran baharu pada tahun mendatang.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan agenda Malaysia MADANI dilaksanakan secara konsisten, berpaksikan nilai keadilan, ihsan dan kesejahteraan rakyat.

“Malaysia MADANI melangkah yakin ke hadapan, bersama-sama rakyat menyambut harapan baharu. Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu sekali lagi kepada seluruh rakyat Malaysia, sambil menyeru semua pihak agar terus memelihara perpaduan dan bekerjasama demi masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat