Anwar Pesan, Anak Terus Doakan Ibu Meski Telah Tiada

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesan agar setiap anak tidak pernah lupa mendoakan ibu mereka, meskipun ibu telah tiada di dunia.

Pesanan penuh makna itu disampaikan ketika beliau berinteraksi dengan seorang pelajar yang baru kehilangan ibu, menggambarkan sisi kemanusiaannya yang dekat dengan rakyat.

Beliau berkata, doa seorang anak adalah hadiah paling berharga buat seorang ibu dan menjadi lambang kasih sayang yang tidak pernah terputus antara anak dan orang tuanya.

“Ingat, awak jangan lupa untuk setiap hari doakan untuk ibu sebab doa daripada orang lain takkan sama dengan anak sendiri.” pesannya.

Anwar turut berkongsi pengalaman peribadi mengenai pemergian ibunya yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya.

Beliau menyatakan bahawa kehilangan tersebut mengingatkannya tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun dan beliau tidak pernah putus mendoakan arwah ibunya.

Pesanan menyentuh hati itu turut mendapat perhatian penulis Syahril A. Kadir yang menyifatkan nasihat tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar diketepikan.

“Kita boleh setuju atau tidak setuju dalam banyak perkara tetapi benda baik tidak boleh ditolak.

“Nasihat yang baik PMX,” katanya menerusi hantarannya di media sosial.

Anda Mungkin Berminat