KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Kelantan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-55 hari ini.
Anwar menzahirkan doa ke agar Sultan Muhammad V berada dalam naungan rahmat, hidayah, dan kedaulatan Ilahi.
“Patik dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang ke-55.
“Patik juga mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku serta sekalian kerabat diraja sentiasa berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan dilimpahi rahmat serta hidayah-Nya,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.
Ucapan tahniah ini mencerminkan rasa junjung kasih dan penghormatan tertinggi daripada Perdana Menteri kepada Sultan Muhammad V, yang sentiasa memayungi negeri dan rakyat Kelantan dengan penuh kedaulatan.