Anwar Rayu Pengundi Sabah Beri Peluang Kepada Semua Calon PH

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, merayu agar pengundi Sabah memberikan peluang kepada kesemua calon gabungan itu untuk bersama membina masa depan yang gemilang buat rakyat negeri Sabah.

“Saya merayu agar diberikan peluang buat kesemua calon HARAPAN (PH) untuk bersama membina masa depan yang gemilang buat rakyat negeri Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sebelumnya, Anwar berkata, gabungan tersebut telah menunjukkan komitmen jelas dalam menunaikan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk pencapaian besar dalam tempoh tiga tahun pentadbiran.

“Sembilan daripada 13 tuntutan MA63 telah ditunaikan hanya dalam tempoh tiga tahun, sesuatu yang gagal dilakukan oleh mereka yang berkuasa sebelum ini,” katanya sambil menambah bahawa rundingan untuk melaksanakan Pemberian Khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil ‘sudah dimulakan tanpa berlengah’.

Beliau berkata, usaha memperjuangkan hak Sabah bukan sekadar janji politik tetapi telah diterjemahkan melalui tindakan pentadbiran.

“Hak Sabah ini bukan sekadar kami perjuangkan tetapi telah ditunaikan dan akan terus kami laksanakan,” katanya.

Dalam rayuan terakhirnya kepada pengundi, Anwar menyifatkan gabungan itu sebagai pilihan yang konsisten dalam memperjuangkan kepentingan rakyat negeri tersebut.

“Undilah Pakatan Harapan (PH), satu-satunya pilihan yang menjadi harapan sebenar membela hak urang Sabah,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan penyelidikan Ilham Centre, Pakatan Harapan (PH) dikatakan mempunyai empat kerusi selesa, manakala 13 kerusi sengit yang terbuka kepada semua calon untuk dimenenangi.

Untuk info, PH bertanding 21 kerusi pada pilihan raya kali ini dan calon-calonnya adalah seperti berikut:

N.06 Bandau – Zaidi Jatil (No 12)
N.18 Inanam – Peto Galim (No 9)
N.20 Api Api – Thonny Chee (No 5)
N.23 Petagas – Awang Husaini Sahari (No 6)
N.26 Moyog – Remysta Jimmy Taylor (No 12)
N.35 Sindumin – Yamani Hafez Musa (No 5)
N.42 Melalap – Jamawi Jaafar (No 3)
N.44 Tulid – Rufinah Pengeran (No 4)
N.50 Gum Gum – Abdul Said Pimping (No 2)
N.54 Karamunting – George Hiew (No 2)
N.61 Segama – Romansa Lamin (No 6)
N.72 Merotai – Ruji bin Ubi (No 4)
N.19 Likas – Phoong Jin Zhe (No 4)
N.21 Luyang – Chan Loong Wei (No 3)
N.22 Tanjung Aru – Datuk Chan Foong Hin (No 9)
N.25 Kapayan – Jannie Lasimbang (No 10)
N.55 Elopura – Vivian Wong Shir Yee (No 7)
N.43 Kemabong – Noorita Sual (No 2)
N.56 Tanjong Papat – Tang Szu Ching (No 2)
N.64 Sulabayan – Ust Zulfikar Ab Mijan (No 4)
N.69 Sri Tanjong – Philip Yap (No 2)

Anda Mungkin Berminat