TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menziarahi Gerai Lokan dan Kelapa Bakar di Kampung Salut, Tuaran bagi bertemu peniaga tempatan dan mendengar sendiri denyut nadi kehidupan masyarakat.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada program Anwar bersama pimpinan masyarakat dan usahawan tempatan.
Anwar meluangkan masa meninjau keadaan peniaga serta menyapa penduduk untuk memahami keperluan dan cabaran harian mereka.
Anwar berkata, lawatan sebegini membolehkannya mendengar denyut nadi kehidupan rakyat secara langsung.
“Doa dan harapan dari wajah-wajah rakyat menguatkan tekad saya dan seluruh pasukan untuk terus bekerja.” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau turut menekankan peranan pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat.
Menurutnya, pelaksanaan program-program berkenaan adalah untuk memastikan penduduk kampung tidak lagi dibayangi kebimbangan kerana wujud sokongan kerajaan pada saat mereka memerlukan.
“Kami akan terus memperkemas dasar dan memastikan setiap isi rumah merasai nikmat kemajuan secara adil dan saksama.” katanya.
Baca juga:








