Anwar seru generasi muda pertingkat, pertahan perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan muda supaya mempertingkat dan mempertahankan perpaduan yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau titipkan gesaan bahawa kepelbagaian kaum adalah lambang kekuatan rakyat tetapi ia juga boleh menjadi unsur memecah-belah dan merosakkan keharmonian sedia ada.

“Rakyat, khususnya pelapis negara dan golongan anak muda, seharusnya menjadikan perbezaan itu sebagai kelebihan hatta menjadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia untuk terus dipacu ke arah kemajuan bersama-sama.

“Belajarlah dari sejarah tatkala generasi terdahulu bersusah-payah membangunkan negara melalui semangat penyatuan dan perpaduan yang seharusnya dipegang dan dipertahankan selamanya,” katanya selepas hadir merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Padang Angsana Mall, Johor Bahru.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan kecintaan terhadap perpaduan dengan bersatu hati memeriahkan dan meraikan dengan semangat perpaduan dari masyarakat pelbagai lapisan kaum, agama dan bangsa di negara ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr. Haji Azmi Rohani.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat