Anwar seru Kesatuan Eropah iktiraf Palestin

BRUSSELS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf  Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Perkara ini ditegaskan Anwar sewaktu bertemu Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo dan Presiden Majlis Kesatuan Eropah, Antonio Costa sewaktu bertemu dalam sesi lawatan ke Belgium pada 19 dan 20 Januari lalu.

Dalam pertemuan itu, Anwar secara konsisten menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Kesatuan Eropah (EU), untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat. 

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Luxembourg, dan EU, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak mengesahkan bahawa agenda gencatan senjata menjadi topik utama perbincangan.

“…menyatakan bahawa perkembangan di Palestin akan menjadi salah satu topik perbincangan utama semasa lawatan tersebut,” kata Mohd Khalid.

Untuk rekod, pendirian tegas Malaysia dalam menyokong Palestin turut disuarakan di pelbagai platform antarabangsa. 

Anwar menggunakan pentas seperti Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Peru, Sidang Kemuncak G20 di Brazil dan Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh untuk mendesak dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anda Mungkin Berminat