Anwar seru pemimpin tidak berbalah, adakan rundingan untuk capai kata sepakat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin untuk tidak berbalah antara satu sama lain sebaliknya memilih jalan untuk mengadakan rundingan secara baik untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa setiap perang mulut, salah faham, mahupun pertikaman lidah sesama pemimpin hingga timbulkan bibit kebencian di kalangan masyarakat tidak akan menguntungkan sesiapa di negara ini.

“Sebaliknya, setiap pemimpin harus memilih jalan untuk berunding sekali gus dapat bekerjasama membantu rakyat tanpa mengira kaum dan bersama membangunkan negara tercinta ini.

“Saya percaya untuk membina sesebuah negara, kita harus bekerja sebagai satu pasukan dalam pastikan martabat semua suku kaum dan wilayah dapat diangkat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC), Tan Sri S. A. Vigneswaran yang bersemuka dengannya untuk menceritakan masalah yang dihadapi masyarakat India untuk mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat