PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di seluruh negara untuk mengamalkan bacaan Qunut Nazilah demi keselamatan sukarelawan dan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).
Beliau berkata, doa itu menjadi benteng kekuatan rohani agar para aktivis yang sedang berjuang membawa amanah kemanusiaan ke Gaza dilindungi daripada kezaliman rejim Zionis.
“Lindungilah mereka daripada segala kezaliman musuh-Mu. Jadikanlah mereka di bawah naungan rahmat, dipelihara dalam perlindungan-Mu yang tidak dapat ditembusi oleh kejahatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Anwar turut menzahirkan doa agar semua aktivis flotilla sentiasa dalam perlindungan Ilahi sepanjang misi mencabar yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Perjuangan ini adalah simbol solidariti kemanusiaan yang tidak seharusnya dihalang oleh mana-mana pihak, sebaliknya diraikan sebagai usaha murni menegakkan keadilan.
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia, dengan misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum ditahan tentera Israel.
Gerakan flotilla ini bukan sahaja membawa bekalan penting untuk penduduk Gaza, tetapi juga menjadi simbol tekanan global terhadap rejim Zionis yang terus menindas rakyat Palestin di bawah kepungan zalim.
Baca juga: