ISTANBUL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas pemain Arsenal, Mesut Ozil, dalam satu pertemuan yang membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai isu semasa termasuk kepentingan umat Islam dan krisis kemanusiaan di Gaza.
Perdana Menteri berkata, meskipun beliau penyokong Manchester United, pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh pertukaran pandangan, khususnya berkaitan pengalaman kepimpinan serta peranan tokoh sukan dalam menyumbang kepada masyarakat.
“Saya berkesempatan menerima kunjungan bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil, di Istanbul. Beliau kini aktif bersama AK Party Republik Turkiye,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut Anwar, Ozil turut memperlihatkan komitmen berterusan dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
Perbualan mereka turut diserikan dengan perkongsian santai mengenai cucu Anwar yang merupakan penyokong tegar Arsenal, sekali gus mencetuskan suasana ceria sepanjang pertemuan.
Dalam pada itu, Anwar mengambil peluang menjemput Ozil untuk berkunjung ke Malaysia bagi berkongsi pengalaman dalam bidang bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan generasi muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat.
Baca juga:








