Anwar titip doa kesejahteraan buat Sultan Brunei

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Anwar berkata demikian susulan menerima perkhabaran bahawa Baginda dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

“Mendoakan agar Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Anwar turut berharap agar Sultan Hassanal terus dikurniakan kekuatan untuk memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Anwar turut menzahirkan hubungan erat dan persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Brunei Darussalam, selaras dengan semangat kerjasama serantau yang berterusan.

Hubungan diplomatik kedua-dua negara terus diperkukuh melalui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat