Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan pada Isnin.
Penubuhan tersebut bertujuan untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.
Dalam pada itu, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fauzi Md Ali, Profesor Dr. Yeah Kim Leng dan Dr. Nungsari Ahmad Radhi.
Penubuhan jawatankuasa tersebut susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024.
Oleh yang demikian, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.
Justeru itu, jawatankuasa yang dilantik tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.
Baca juga: