Anwar Ucap Takziah Atas Tragedi Di Kota Bharu

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, yang maut dalam tragedi di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

Menerusi ciapan di laman X, beliau turut menyampaikan doa agar mangsa yang cedera segera diberikan kesembuhan.

“Tragedi ini harus menjadi iktibar dan peringatan kepada semua supaya sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan yang dilakukan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengahari, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang memakai kasut di surau sekolah.

Seorang lagi pelajar turut cedera dalam insiden tersebut.

Anda Mungkin Berminat