PETALING JAYA: Aplikasi mudah alih MyGov Malaysia dapat membina imej diplomasi kerajaan ke arah kecerdasan buatan (AI) dan lebih penting mampu diakses oleh seluruh lapisan masyarakat.
Menurut Penganalisis Keselamatan & Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, aplikasi ini juga menjadi “One Stop Centre” yang menghubungkan rakyat kepada semua agensi kerajaan.
“Saya juga berharap agar aplikasi ini menawarkan perkhidmatan maklum balas aduan untuk rakyat selain dapat menilai kepuasan pengguna terhadap tahap perkhidmatan dalam kerajaan.
“Diharapkan juga rakyat dapat menerima manfaat daripada inspirasi dan inovasi berkepentingan masyarakat yang akan terus dijalankan dari semasa ke semasa” tambahnya ketika dihubungi Malaysia Bangkit hari ini.
Untuk rekod, Aplikasi mudah alih MyGov Malaysia merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Madani untuk memudahkan rakyat dengan menyediakan akses kepada maklumat awam dan pelbagai perkhidmatan kerajaan.
Aplikasi ini terdiri daripada tujuh perkhidmatan utama terlebih dahulu yang merangkumi perjalanan (pasport), pendaftaran (kelahiran dan kewarganegaraan), pemanduan (cukai jalan dan lesen memandu), kesihatan (temu janji perubatan dan rekod kesihatan), saman, perumahan (cukai tanah dan cukai taksiran), serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau juga berkata aplikasi ini dapat memudahkan proses untuk menjadi satu hab sehenti bagi semua perkhidmataan kerajaan.
Selain itu, portal rasmi kerajaan sedia ada sebelum ni pula lebih kepada pengkhususan dan diharapkan dengan aplikasi mudah alih ini dapat memudahkan lagi urusan dalam kehidupakan masyarakat.
Aplikasi mudah alih MyGov Malaysia dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan, Julai 2025.