ARTIS Malaysia didakwa masih kekal membisu berhubung isu Gaza meskipun ramai artis global sedang sibuk menunjukkan solidariti terhadap wilayah itu.
Menerusi kenyataan oleh pengguna di laman thread iaitu akaun syu.987, dia menzahirkan rasa kecewa kerana golongan artis di negara ini lebih sibuk mengutamakan soal hiburan, penjagaan kulit dan fesyen berbanding memuat naik kesedaran tentang pembebasan Palestin.
“Kalau kamu semua masih rasa isu Gaza ni jauh’ dari kita bangun. Ini soal pembunuhan secara beramai-ramai.
“Artis luar negara sudah turun padang. Tapi ramai artis Malaysia. masih senyap, masih buat hantaran kandungan tentang fesyen, ‘skincare’, bercinta-cinta dan hantaran kandungan kosong.
“Apa yang korang buat ni?,” katanya di laman Thread pada Khamis.
Menurutnya, kira-kira 60,000 rakyat antarabangsa khususnya di pelabuhan Genoa, Italy kini sedang giat berdiri teguh buat Gaza dan akan menutup pelabuhan itu sekiranya terdapat pihak yang cuba mengganggu misi kemanusian “Global Sumud Flotilla”.
“Mereka semua bersedia untuk menutup pelabuhan jika ada sesiapa mahu mengacau ‘Global Sumud Flotilla’ yang mahu hantar bantuan ke Gaza.
“ Ini bukan gurauan, ini makna sebenar semangat kekitaan. Ini adalah gerakan dunia, jangan berada di sisi yang salah dalam sejarah,” tegasnya.
Sehubungan itu, dia juga menyeru seluruh masyarakat, termasuk artis, untuk menyertai kempen antarabangsa pada 22 September kelak dengan menukar gambar poster di laman sosial masing-masing.
“Ayuh kita semua bersatu, tukar poster, kuatkan suara. Kita dah makin hampir dengan kemenangan.
“Jangan jadi selebriti yang ketinggalan bila sejarah sedang ditulis depan mata,” tegasnya.
Difahamkan, kempen itu turut mempromosi beberapa akaun solidariti Palestin yang mengajak masyarakat dunia agar bersatu menguatkan suara menentang penindasan di Gaza.
Baca juga:








