AS arah seluruh kapal negara jauhi perairan Iran

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa seluruh kapal tenteranya serta kapal dagangnya untuk berada di jarak yang paling jauh dan tidak mendekati perairan wilayah Iran ketika melalui Selat Hormuz ekoran ketegangan yang berterusan di antara AS dan Iran.

Memetik Al Jazeera, gesaan itu dimaklumkan menerusi arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maritim AS pada Isnin setelah mengadakan rundingan langsung antara AS dan Iran di Oman.

Dalam pada itu, kapal dagang AS turut diingatkan untuk tidak membenarkan pasukan Iran untuk menaiki kapal mereka.

Justeru katanya, sekiranya pasukan Iran menaiki kapal dagang AS, anak kapal dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang tentangan secara paksa.

“Tidak melakukan tentangan secara paksa tidak bermaksud memberi persetujuan atau bersetuju dengan tindakan menaiki kapal tersebut,” kata arahan tersebut.

Dalam pada itu, pentadbiran AS turut mengesyorkan supaya kapal dagang AS yang melalui perairan tersebut kekal sejauh mungkin dari laut wilayah Iran tanpa menjejaskan keselamatan pelayaran.

“Bagi pelayaran ke arah timur di Selat Hormuz, kapal-kapal disarankan belayar berhampiran laut wilayah Oman,” katanya.

Untuk rekod, laluan perkapalan global dan kapal dagang sering terdedah kepada ancaman akibat ketidaktentuan geopolitik, khususnya di Asia Barat.

Sejarah menunjukkan, ketika konflik Iran-Iraq pada era 1980-an, kedua-dua negara menyasarkan kapal dagang dalam siri serangan yang dikenali sebagai ‘Perang Tangki’, sekali gus menjejaskan keselamatan perkapalan antarabangsa di rantau berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat