WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah mengenakan tarif tambahan sebanyak 25 peratus kepada India dek kerana negara itu melakukan pembelian minyak dari Rusia.
Dengan itu, ia menjadikan kadar tarif timbal balas ke atas import India ke AS telah meningkat kepada 50 peratus yang menjadi antara kadar tertinggi yang pernah dikenakan oleh AS.
Memetik Portal Berita Antarabangsa BBC, kadar baharu tersebut akan mula berkuat-kuasa dalam tempoh 21 hari iaitu pada 27 Ogos depan.
Manakala, Kementerian Luar India dalam satu kenyataan media pada Rabu memaklumkan bahawa, ibu negara tersebut iaitu Delhi kekal dengan pendiriannya mengenai import dari Rusia bahawa peletakan tarif tersebut adalah tidak wajar dan tidak munasabah.
“Kami amat kesal dengan tindakan AS yang memilih untuk mengenakan tarif tambahan terhadap India atas tindakan yang turut diambil oleh beberapa negara lain demi kepentingan nasional masing-masing.
“India akan mengambil segala tindakan yang perlu bagi melindungi kepentingan nasionalnya,” katanya.
Sebelum ini, Donald Trump pernah memberi amaran bahawa AS akan menaikkan kadar tarif le atas India dan menyatakan negara itu tidak mempedulikan seberapa ramai rakyat di Ukraine yang terbunuh akibat Perang sempadan antara Rusia.
Baca juga:








