AS Tawar Ganjaran AS$10 Juta Jejak Pemimpin Baharu Iran, Mojtaba Khamenei

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta bagi maklumat yang membawa kepada pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, serta beberapa pegawai kanan negara itu.

Antara yang turut tersenarai ialah Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni, dan Menteri Perisikan serta Keselamatan Iran, Esmail Khatib, bersama lapan lagi individu.

Menurut jabatan berkenaan, individu terbabit didakwa mengarah dan mengawal pelbagai elemen Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) yang dikatakan merancang serta melaksanakan aktiviti keganasan di seluruh dunia.

Pihaknya menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya melalui platform Tor atau Signal, sambil memaklumkan pemberi maklumat berpotensi dipindahkan ke lokasi lain serta menerima ganjaran kewangan.

Tawaran itu dibuat di bawah program Rewards for Justice yang menyediakan imbuhan tunai bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau pendakwaan individu dikehendaki.

Bapa kepada Mojtaba, iaitu Ali Khamenei, dilaporkan terbunuh dalam satu pengeboman pada 28 Februari ketika permulaan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran.


Baca juga:

Anda Mungkin Berminat