Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN ke-31 (ASCC) telah diadakan dan dihadiri oleh menteri dan wakil dari Negara Anggota ASEAN, termasuk Timor-Leste sebagai Pemerhati, dan Setiausaha Agung ASEAN pada Isnin.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff dalam mesyuarat tersebut membincangkan, keutamaan pengerusi ASCC pada 2024, dan hala tuju strategik ASCC terutamanya berdasarkan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.
Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Lao PDR selaku Pengerusi Majlis ASCC, Suanesavanh Vignaket berkata, ketepatan masa merupakan tema Kepemimpinan ASEAN 2024 Laos PDR iaitu ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience” dalam mempromosikan peranan budaya dan seni.
“Hasil utama (key deliverables) di bawah tonggak ASCC memfokuskan empat isu, kebudayaan dan kesenian, alam sekitar, wanita dan kanak-kanak dan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Dalam Kenyataan Negara, Kementerian memberikan jaminan untuk terus memainkan peranan aktif dalam bidang sosio-budaya bagi menyokong dan mengukuhkan kerjasama ASEAN.
“Sokongan dan kerjasama merentasi 15 Badan Sektoral akan meningkatkan lagi kerjasama ke arah memastikan pertumbuhan yang teguh, inklusif dan mampan di rantau ASEAN,” katanya.
Difahamkan, Mesyuarat ASCC adalah mesyuarat berjadual peringkat Menteri yang dianjurkan 2 kali setahun bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan sosio-budaya di rantau ASEAN.
Baca juga: