Oleh: Tyah Helmi
KUALA LUMPUR: Malaysia buat julung kalinya mengukir sejarah apabila berjaya mengetuai sesi pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur yang merupakan integrasi serantau dengan penerimaan ASEAN 2045 ‘Our Shared Future.
Majlis yang penuh bermakna itu menyaksikan sesi pelancaran serta menandatangani dokumen hasil kerjasama negara-negara anggota ASEAN secara jelasnya.
Deklarasi Kuala Lumpur berkenaan ditandatangani oleh seluruh para pemimpin anggota negara ASEAN secara satu persatu dan penuh pengamatan yang dimulai dengan Malaysia selaku tuan rumah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet; Perdana Menteri Indonesia, Prabowo Subiyanto; Perdana Menteri Laos, SoneXay Siphandone; Perdana Menteri Myanmar, Min Aung Hlaing; Presiden Republik Filipina, Ferdinand Romualdez; Perdana Menteri Singapore Lawrence Wong; Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawata; Perdana Menteri Vietnam Pham Min Chinh; Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao.
Untuk rekod, dokumen berkenaan memuatkan beberapa inti pati utama dalam memperkukuhkan kedudukan ASEAN dalam ekonomi global sebagai pasaran tunggal yang mampan dan pintar.
Selain daripada itu, dokumen itu juga menumpukan dalam mewujudkan komuniti inklusif bagi memberi tumpuan terhadap beberapa aspek antaranya pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial.
Manakala visi baharu Deklarasi Kuala Lumpur turut menekankan kepada peranan belia, wanita dan golongan rentan dalam pembinaan komuniti, serta usaha mengekalkan identiti ASEAN yang kukuh dan bersama.
Dengan termeterainya deklarasi bersejarah itu, kesemua negara anggota ASEAN secara rasmi menerima pakai Visi Komuniti ASEAN 2045 yang bertemakan “Berdaya Tahan, Inovatif, Dinamik dan Berpaksikan Rakyat”.
Dalam pada itu, turut dimuktamadkan ialah lima dokumen penting yang menggariskan hala tuju masa depan ASEAN, iaitu Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN, Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN, Pelan Strategik Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, serta Pelan Strategik Keterhubungan ASEAN.
Deklarasi berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Agung ASEAN bagi tugasan memantau serta melaporkabn kemajuan pelaksanaan ‘ASEAN 2045: ‘Our Shared Future ketika setiap kali Sidang Kemuncak ASEAN setiap tahun menerusi, Majlis Penyelaras ASEAN serta Komuniti ASEAN yang berkaitan.

Pada masa sama, Anwar Ibrahim dalam ucapan pembukaan majlis menandatangani ‘Deklarasi Kuala Lumpur’ itu berkata apabila meterainya janji yang penuh makna itu ia merupakan sebuah iktrar hiduo untuk masa depan.
“Sering dikatakan bahawa cara terbaik untuk meramal masa depan adalah dengan menciptanya. Itulah yang telah ASEAN usahakan, melalui dekad-dekad usaha berterusan, kepimpinan bersama dan visi strategik,” katanya.
Anwar turut menyifatkan bahawa integrasi yang dibentuk oleh ASEAN mestilah benar-benar berpusatkan rakyat.
“Masa depan yang kita impikan mestilah berasaskan kepada kelestarian dan keterangkuman. Integrasi ASEAN mestilah benar-benar berpusatkan rakyat.
Ini bermakna merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan melabur dalam semangat dan potensi insan setiap warganegara kita,” ujar beliau.
Baca juga: