ASEAN tulis surat mohon pertemuan dengan AS

KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN setuju untuk membuat permohonan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi mengadakan satu pertemuan antara Asean dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menulis surat kepada Presiden negara itu, Donald Trump, bagi memohon sokongan untuk penganjuran pertemuan itu.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk menulis kepada Presiden Donald Trump bagi memohon kefahaman dan sokongan beliau dalam menganjurkan pertemuan antara Amerika Syarikat dan Asean, yang mencerminkan komitmen serius kita terhadap prinsip keterpusatan.

“Langkah ini bukan sahaja mencerminkan aspirasi kita, tetapi juga tanggungjawab kita. Ia berteraskan keyakinan bahawa masa depan Asean mesti dibina di atas dua tunjang utama iaitu pertumbuhan yang saksama dan mampan serta ketahanan yang berkekalan,” tambahnya.

Beliau berkata dalam ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Asean ke-46 di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata langkah tersebut selaras dengan perbincangan yang telah diadakan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean di Langkawi awal tahun ini.

Berita lanjut menyusul…

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat