PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi mengesahkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap artis, Rozita Che Wan ditangguhkan setelah Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 minggu lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata hutang tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh yang diberi.

“Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 sehingga Jumaat lalu.
“Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac,” kongsinya di Facebook pada Ahad malam.
Asyraf juga turut menegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan amanah rakyat.
“… segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan. Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya.
Semalam, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi di media sosialnya tangkap layar bersama anaknya, Aaisyah yang risau dengan hutangnya.

Susulan itu, Che Ta menjelaskan bahawa hutang telah pun dibayar.
Minggu lalu, acara lelongan awam barangan milik Che Ta telah ditunda ke satu tarikh baharu yang masih belum ditetapkan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber daripada MARA, namun tidak memaklumkan sebab ia ditangguhkan.
Lelongan itu dibuat susulan kegagalan Che Ta untuk melunaskan pembayaran pinjaman yang mencecah RM1 juta.
Baca juga: