Atika sebak MP Segamat bayar yuran tertunggak

AIR mata kejayaan mengalir daripada Nurul Atika apabila akhirnya berjaya mengenggam diploma yang tertangguh setelah Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj menyelesaikan yuran pelajaran tertunggak RM10,000.

Dalam kunjungan Yuneswaran itu, beliau menjelaskan mahu membantu gadis itu yang bekerja di kedai serbaneka dan merasakan impiannya hampir terkubur kerana kegagalannya menjelaskan hutang itu. 

“Saya tekad membantu, melangsaikan yuran dan merancang kejutan dengan menyerahkan sijil serta jubah konvokesyen. Saat bapanya, Pakcik Sarwan menyarungkan jubah, suasana penuh hiba, tangisan syukur mengiringi kejayaan ini.  

“Selain itu, saya turut mengusahakan sokongan bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) serta bantuan makanan buat keluarga mereka. Semoga Nurul Atika dapat membina kehidupan lebih baik dan menjadi harapan buat keluarganya,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat